Tuesday 11 September 2012

#9: Alatan Tangan Untuk Aktiviti Reka Cipta

Hai adik-adik.

Masih ingat lagi pembelajaran kita yang lepas? Kali ini kita akan mempelajari tajuk yang baharu iaitu mengenai alatan tangan yang digunakan untuk melakukan projek reka cipta. Untuk pengetahuan adik-adik, setiap produk yang dihasilkan mempunyai kegunaan sendiri.  Alatan tangan diperlukan untuk menjalankan aktiviti membuka dan memasang produk untuk mengkaji komponen. Tahukah adik-adik semua tentang apakah alatan tangan dan fungsi-fungsi alatan tangan yang digunakan untuk projek reka cipta? 
Jom kita belajar sama-sama !




1. Pemutar Skru Rata - mengetatkan dan melonggarkan skru kepala belah.







2. Pemutar Skru Philips - mengetatkan dan melonggarkan skru kepada philips.







3. Sepana Boleh Laras - melonggarkan dan mengetatkan bolt dan nat. Rahangnya boleh dilaraskan.




4. Sepana Gabung - melonggarkan dan mengetatkan bolt dan nat.





5. Playar Gabung - memegang, mencengkam, membentuk dan memotong.




6. Playar Muncung Tirus - memegang benda kecil, membentuk dan memotong.






No comments:

Post a Comment