Tuesday 11 September 2012

#9: Alatan Tangan Untuk Aktiviti Reka Cipta

Hai adik-adik.

Masih ingat lagi pembelajaran kita yang lepas? Kali ini kita akan mempelajari tajuk yang baharu iaitu mengenai alatan tangan yang digunakan untuk melakukan projek reka cipta. Untuk pengetahuan adik-adik, setiap produk yang dihasilkan mempunyai kegunaan sendiri.  Alatan tangan diperlukan untuk menjalankan aktiviti membuka dan memasang produk untuk mengkaji komponen. Tahukah adik-adik semua tentang apakah alatan tangan dan fungsi-fungsi alatan tangan yang digunakan untuk projek reka cipta? 
Jom kita belajar sama-sama !




1. Pemutar Skru Rata - mengetatkan dan melonggarkan skru kepala belah.







2. Pemutar Skru Philips - mengetatkan dan melonggarkan skru kepada philips.







3. Sepana Boleh Laras - melonggarkan dan mengetatkan bolt dan nat. Rahangnya boleh dilaraskan.




4. Sepana Gabung - melonggarkan dan mengetatkan bolt dan nat.





5. Playar Gabung - memegang, mencengkam, membentuk dan memotong.




6. Playar Muncung Tirus - memegang benda kecil, membentuk dan memotong.






Monday 10 September 2012

#8: Cuba Teka !

Hai adik-adik!
Siapa pandai, sila angkat tangan ! 
Tolong bantu saya kenalpasti bentuk-bentuk asas yang terdapat dalam gambar ini.



#7 : Jom Jawab Soalan !

Hai adk-adik.
Setelah kamu mempelajari mengenai Tajuk Kreativiti dan Rekacipta, apa kata kamu uji kefahaman kamu dengan menjawab soalan ini. Selamar mencuba !



#6: Bentuk Asas

Hai adik-adik. 

Kamu semua telah membaca entri sebelum ini berkenaan bentuk asas. 
Sekarang ayuh kita cari bentuk-bentuk asas 2D dan 3D yang telah kamu pelajari.



Untuk download template word search ini, tekan [  ].