Keberkesanan sesuatu organisasi adalah sangat bergantung kepada sejauh mana keaktifan dan kreadibiliti pengurusannya. Sesebuah organisasi secara umumnya mengandungi aset-aset yang penting dalam pengurusannya, antara aset-aset yang terdapat dan terlibat dalam organisasi ialah manusia, alatan, bahan-bahan, serta kemudahan yang sistematik. Kesemua ini adalah sangat penting kerana kebergantungan antaranya.bagi menjayakan sesuatu matlamat di dalam organisasi yang dibentuk, sifat tanggungjawab pada setiap individu adalah penting terutama dalam berkumpulan.
Penuntutan terhadap ilmu pengetahuan dalam mengurus sesuatu organisasi amatlah perlu kerana ianya akan dapat membantu sesuatu sistem pengurusan agar menjadi lebih cekap dan berkesan.melalui pengalaman yang sedia ada, sedikit sebanyak ianya juga memberi panduan dalam mentadbir serta mengurus sesebuah organisasi.
Oleh yang demikian kombinasi antara ilmu pengetahuan, pendidikan serta pengalaman merupakan satu proses yang penting bagi mengurus sesebuah organisasi.
Tujuan Organisasi Dalam Bengkel
Mewujudkan
satu tempat belajar yang lebih selesa, sentiasa bersih dan berada dalam suasana
yang harmonis di bengkel sepanjang masa tanpa ada sebarang masalah yang boleh menggangu
proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pelajar.
Pengagihan
tugas guru dalam bengkel seperti tugas penyelenggaraan, stor, inventori, stok
dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pembahagian tugas dalam
kelas menjadikan setiap pelajar akan rasa lebih bertanggungjawab terhadap tugas
mereka di samping menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama,
bertanggungjawab, mengikut peraturan dan bedisiplin. Bagi mencapai objektif
pangajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di dalam bengkel. Memastikan
keadaan bengkel sentiasa bersih, kemas dan selamat sepanjang masa.
Pengurusan Bengkel Yang Berkesan
Merancang
meningkatkan pengurusan bengkel yang sistematik, efisyen dan produktif
berteraskan konsep tanpa cacat (Zero Defect). Mewujudkan keselamatan bengkel,
alatan dan bahan. Mengelakkan pembaziran bahan dan menjimatkan masa kerja.
Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui interaksi
antara guru dengan pelajar dan bengkel yang konduksif lagi selamat.
Menghasilkan produk yang lebih bermutu, bahan dan masa yang diperlukan untuk
melaksanakan kerja amali seperti yang dirancangkan. Menerapkan nilai-nilai murni
di kalangan pelajar. Mencegah daripada berlakunya kemalangan ketika melakukan
kerja amali.
No comments:
Post a Comment