Tutorial



Hai semua !
Dalam entri kali ini saya akan mengajarkan pada guru dan guru pelatih untuk menggunakan permainan hanggaroo dalam p&p. Kelebihan menggunakan permainan ini adalah murid akan lebih seronok untuk mengikuti pelajaran. Berdasarkan pengalaman saya, penggunaan permainan ini dalam set induksi amat membantu dalam mengawal perhatian murid. Jom belajar bagaimana untuk melakukannya.

1.  Download permainan Hanggaroo. [ Klik Sini ]
2.  Download kod perkataan [ Klik Sini ]
3.  Buka perisian yang telah di muat turun. Tekan butang menu.


4. Pilih butang load Phrase file. Pilih fail kod perkataan yang telah di muat turun tadi. Walaubagaimanapun, fail kod perkataan yang dimuat turun perlu diedit mengikut kesesuaian pengajaran.



Cara edit fail notepad.

1. Edit pada bahagian yang bergaris. Bahagian ini akan terpapar pada bahagian tajuk. Rujuk gambar yang telah disediakan.





2. Bagi bahagian kedua pula, anda perlu edit pada bahagian phrase. Taipkan jawapan kepada soalan yang telah anda key in pada bahagian tajuk. ( Rujuk gambar yang telah disediakan)







Harapan saya agar penerangan ini sedikit sebanyak dapat difahami dan diaplikasikan oleh anda semua. Sebarang pertanyaan atau pendapat boleh ditulis dalam ruangan komen. :)

No comments:

Post a Comment